Wednesday, April 27, 2016

Definisi negara maju impian kita


Semalam Perdana Menteri, Najib Razak menyuarakan keyakinan  bahawa Malaysia mampu menzahirkan  status negara maju  "sebenarnya" menjelang 2020 menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) .  Apakah maksud "sebenar" yang ditekankan Najib?  Adakah ini untuk menafikan Wawasan 2020 yang  dimulakan oleh Dr. Mahathir?  Tidak kisahlah apa-apa sekalipun.

Tetapi dalam keadaan  rakyat  tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan pada tahap yang tidak munasabah,   cukai pendapatan  yang tinggi, peraksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP), sektor pekerjaan semakin mengecil,  kenaikan gaji tidak selari dengan kenaikan harga barang.   keruntuhan moral dalam kalangan  pembuat dan perlaksana dasar tentulah suatu yang sangat ironi apabila Najib Razak begitu yakin Malaysia akan menjadi negara maju sebelum 2020. 

Kita tentunya  tertunggu-tunggu  ulasan yang jujur oleh penulis-penulis  hebat di media arus utama  mengenai  negara maju yang akan digapai sebelum 2020 takkala rakyat  bergelut  meneruskan hidup dalam tekanan dari pelbagai sudut. Sudah tentulah ulasannya   bukan  bersetuju melulu atau menghentam secara buta tuli  sebaliknya kebertanggungjawaban  terhadap buah fikiran yang dilontarkan.

Kita jangan cepat terperangkap dengan definisi  "negara maju" oleh Barat yang hanya menggariskan kecemerlangan  kebendaan,  infrastruktur  serta ringgit dan sen sahaja.  Semestinya definisi negara maju  dalam konteks  kita  tidak terlepas daripada kompas Islam,  ketinggian  nilai kemanusiaan,  keluhuran sistem politik dan sosial   serta   teguhnya  sistem perundangan.

Kita tidak perlu menjadi negara maju yang penuh dengan kebobrokan,  pemimpin dan rakyat  hilang  kompas agama,  tarikan kebendaan lebih utama daripada kesejahteraan  hidup dan  perlumbaan mengaut kekayaan  mengatasi peri pentingnya hal-hal kemanusiaan.

Bagi sesetengah pihak pembangunan  pesat di Kuala Lumpur seperti tumbuhnya kondominium, pusat membeli belah mewah, pusat hiburan serta kawasan-kawasan kediaman elit di pinggir bandar ialah garis penunjuk negara maju. Ini termasuklah tumbuhnya pusat pengajian tinggi swasta  dalam keadaan tidak terkawal. Pendidikan memang menjadi satu ciri penting negara maju tetapi yang berlaku di negara ini ialah mengindustrikan pendidikan secara rakus. Kesannya melebarkan jurang  kaya dan miskin, kampung dan bandar, antara kaum dengan kaum lain.

Oleh kerana itu definisi “maju” dan “kemajuan” mesti dibaca dalam konteks yang lebih luas merangkumi kepentingan manusia secara umumnya. Tidak ada ertinya pencapaian  materialistik seperti pendapatan perkapita atau KDNK kalau rakyat hidup dalam  tekanan kerana banyak sistem telah dirosakkan oleh rasuah dan kebimbangan dan diganggu oleh ruang kebebasan melampau hak asasi manusia lain.  Tidak ada ertinya  menjadi negara maju kalau prinsip moral dan agama menjadi semakin rendah atau diperendahkan oleh  kerakusan memburu materialisme.

Ini adalah  model kemajuan materialistik Barat. Kita tidak boleh merujuk model begini untuk menentukan status negara maju yang   kita impikan.  Model begini  tidak dapat menyelesaikan masalah manusia seperti peningkatan pelanggaran garis moral dan agama,  misalnya berleluasanya jenayah rasuah dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar,  dari serendah-rendah  hingga setinggi-tinggi  jawatan.

Kemajuan  yang sebenar ialah mewujudkan  ruang kehidupan yang aman serta tinggi citra insani dalam kalangan warganya. Misalnya  tidak dihantu kebimbangan kejadian jenayah  atau diganggu oleh manusia  rosak akhlak dengan pertumbuhan  pusat hiburan  mewah  (seperti di Jalan Tun Razak) dan pusat  persundalan seperti di Jalan Alor, Kuala Lumpur.

Negara mau juga bukan ditandai dengan  kejayaan  memiliki beratus-ratus saluran televisyen berbanding  30 tahun lalu hanya tiga saluran. Ini belum  menunjukkan kita menuju negara maju melainkan kemajuan teknologi penyiaran itu mampu membina kekuatan jiwa kepada rakyat.  Kalau teknologi penyiaran yang canggih itu hanya menyebarluaskan hedonisme, mempromosi idealisme korup dari Barat,  kita belum mencapai  tahap negara maju.

Sekadar bertanya,  apakah  sebenarnya definisi "negara maju" yang dikatakan oleh Najib Razak? 



Thursday, April 21, 2016

Kesedaran Islam vs candu hedonisme


Sambutan luar biasa terhadap semua ceramah terbuka  sarjana Islam,  Dr. Zakir Naik di negara ini memperlihatkan kesedaran terhadap Islam semakin kukuh.  Cara hidup Islam sudah menjadi pilihan daripada perbankan Islam,  produk makanan halal hingga kepada  etika berpakaian menepati syariah.

Fenomena Dr. Zakir Naik boleh dimanfaatkan untuk menerapkan pemikiran dan cara hidup Islam kepada masyarakat termasuk bukan Islam bahawa Islam menganjurkan  kesungguhan menuntut ilmu,  berpemikiran tinggi,  hidup sederhana dan tidak memusuhi bukan Islam.

Daripada reaksi yang diterima secara langsung daripada masyarakat,  rancangan ceramah agama Cinta Ilmu yang disiarkan di TV AlHijrah antara yang mendapat tempat khususnya yang berusia 30-an ke atas dan  suburban.   Selama ini  mereka menolak  rancangan televisyen kerana terlalu padat dengan hedonisme yang mempromosi gaya hidup bertentangan Islam.  Sebenarnya mereka boleh menolak menonton televisyen tetapi menolak hedonisme.

Kalau sebelum ini  angka 30,000 orang atau 20,000 orang hanya boleh dicapai sekiranya  diadakan konsert hiburan yang memperagakan artis-artis  berkelas rendah  dan  sensasi.  Penonton konsert hiburan ini sanggup berhujan demi untuk menonton artis kegemaran mereka.  Sebab itu kita selalu baca laporan di akhbar yang mencatat,  "hujan tidak menjadi halangan......"  sebagai satu pengiktirafan kesetiaan peminat terhadap artis.

Bagaimanapun sambutan  di  semua lokasi  ceramah Dr. Zakir Naik  telah memberikan satu yang baharu iaitu ceramah agama oleh bukan dalam kalangan selebriti tanpa teknologi pentas yang spektakular telah mencatatkan kehadiran yang begitu banyak.  Malah ada di beberapa lokasi hujan dengan lebatnya tetapi orang ramai sedikit tidak berganjak.  Sanggup berhujan menyaksikan ceramah agama barulah ada nilai berita kerana jarang-jarang berlaku.

Saya sudah  banyak kali  menyaksikan ceramah Dr. Zakir Naik apabila TV Al Hijrah menyiarkan rancangan yang diambil daripada Peace TV dua tiga tahun lalu.  Sambutan  terhadap semua ceramah Dr.  Zakir di luar negara  memang luar biasa dan yang penting isi kandungan ceramahnya sarat dengan hujah-hujah ilmiah yang dipermudahkan untuk khalayak umum.

Di luar negara juga ceramah Dr. Zakir Naik turut dihadiri oleh  kalangan bukan Islam dan beliau memberi peluang kepada mereka untuk bertanya atau berhujah di mana akhirnya mereka bersetuju dengan Dr. Zakir.  Kerana itu apabila ada segelintir pemimpin politik  bukan Islam cuba menyekat  kehadiran Dr. Zakir Naik ke negara ini dan pihak berkuasa seakan-akan bersetuju,  bagi saya itu satu  kerencatan  kewarasan yang paling  bahaya.

Bagaimanapun malangnya khalayak yang membanjiri di depan pentas semua ceramah  Dr. Zakir Naik  tidak semua  daripada  mereka yang sanggup  berhujan  menonton konsert hiburan terutama yang percuma.  Alangkah baiknya kalau dalam kalangan penonton yang sama membanjiri ceramah  Dr. Zakir  supaya mereka dapat membuat periksa dan imbang  yang manakan cara hidup yang terbaik.

Fenomena Dr. Zakir Naik ini juga boleh dijadikan  rujukan bahawa ceramah agama khususnya di televisyen  perlu dipelbagaikan pendekatannya.  Tidak boleh terlalu banyak  ceramah agama yang berkonsep pop, lebih banyak jenaka dan penglipur lara daripada ilmu yang hendak dibawa.  Tekankan juga pendekatan ceramah yang serius dan ilmiah yang dipermudahkan  supaya khalayak juga serius menghayatinya.  Untuk mendapat  ilmu mesti  serius.  Kita bimbang suatu hari nanti  pensyarah  di  institusi pengajian tinggi juga dipaksa meniru peserta Maharaja Lawak  untuk menarik perhatian para pelajarnya.

Bagaimanapun  usaha satu pihak untuk  memperjuangkan pemikiran dan gaya hidup Islam berhadapan dengan halangan pihak yang memperjuangkan hedonisme yang sudah menjadi candu dalam masyarakat terutama Islam di negara ini.  Mereka memberikan keseronokan  dan mencipta realisme baharu di alam  bawah sedar.  Sama sifatnya seperti candu.

Hadiah wang tunai RM150,000  kepada  juara pertandingan nyanyian Kilauan Emas Otai seolah-olah mengubah hidup seorang bekas penyanyi yang kini menjadi tukang kayu untuk kembali kepada dunia yang ditinggalkannya.  Ini adalah candu hedonisme terbaru yang diberikan kepada  Melayu Islam di negara ini kerana rancangan itu hanya ditonton oleh orang Melayu sahaja.

Dunia  seni telah lama terpasung  dan dipesongkan oleh hedonisme. Seni  yang sepatutnya tinggi nilai pemikiran dalamnya  sudah disekutukan  dengan  nilai sampah dalam hedonisme.  Hal-hal  berupa material seperti  hadiah wang tunai yang tinggi,  hadiah barangan  yang mewah dan  tawaran  supaya terus menjadi sebahagian agen hedonisme di atas nama "akademi nyanyian",  "akademi lakonan" dan pelbagai lagi telah memalsukan seni.  Proses  membentuk pelapis agen hedonisme berterusan  kecuali ada kesedaran  pemimpin Islam untuk mengubahnya.

Itu pun kalau ada pemimpin yang sanggup bertindak tidak popular dan menggadaikan kepentingan politik  untuk  menolak kegilaan  luar biasa generasi muda Melayu Islam kepada candu hedonisme.  Ini belum lagi ditambah dengan kegilaan politik "niat menghalalkan cara",  mempromosikan Indeks Syariah tetapi semakin banyak perilaku pemimpin Melayu Islam sendiri  yang terlepas daripada indeks yang mereka peragakan.





Tuesday, April 19, 2016

Wartawan: antara makan gaji dan makan hati



Buku The Death and Life of American Journalist oleh Robert McChesney dan John Nichols antara lain mengatakan, tahap kebebasan kewartawanan yang tinggi boleh membantu kelicinan pentadbiran, menggerakkan ekonomi dan menyuburkan budaya yang sihat.

Buku yang ditulis oleh dua sarjana media neo-Marxist ini secara jelas memperlihatkan kebimbangan  kerajaan di sesetengah negara yang mengambil alih kedudukan  media sebagai fourth estate selepas legistatif, eksekutif dan judisiari dalam pentadbiran negara.

Media menjadi penanda aras masyarakat yang maju supaya terdidik dengan limpahan maklumat yang terlalu banyak. Ini menyumbang kepada pembangunan sosiobudaya dan politik. Media digerakkan oleh wartawan yang mempunyai peranan membentuk kesedaran masyarakat terutamanya  yang berkaitan kepentingan mereka.

Wartawan perlu diberi ruang meraikan perbezaan pandangan yang sihat tentang semua perkara yang melibatkan kepentingan masyarakat. Masyarakat pula berhak mendapatkan maklumat yang benar daripada wartawan. Hujah mesti dilawan dengan hujah. Sebarang usaha untuk memutihkan yang hitam atau menghitamkan yang putih tanpa hujah yang boleh diterima akal adalah perbuatan yang tidak bermoral.

Isu-isu berkaitan salah laku pemimpin wajar didedahkan tanpa prejudis demi kebaikan kepada masyarakat. Ini penting supaya masyarakat boleh membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya. Demokrasi bukan sekadar mengadakan  pilihan raya tetapi juga membuka ruang untuk masyarakat mendapat maklumat dan kebebasan wartawan menyampaikan meklumat. Perkara ini penting supaya masyarakat tidak tersilap membuat pilihan.

Wartawan boleh sahaja menulis yang baik-baik padahal mereka tahu hal sebenarnya. Tetapi perbuatan itu adalah satu penganiayaan terhadap masyarakat yang mempercayai perkara tidak benar itu. Wartawan yang berakhlak tentu tidak tergamak melakukannya.

Masyarakat berhak mendapat maklumat yang tepat mengenai sesuatu berkaitan pemimpin dan pelbagai isu negara. Ini  boleh memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada masa depan mereka. Bagaimanapun di peringkat ini wartawan selalu berdepan dengan kekangan, halangan atau pujukan dengan alasan "niat menghalalkan cara" supaya tidak meneruskan tanggungjawab. Ini memberikan tekanan secara tidak langsung kepada wartawan.

Kerajaan di mana-mana negara ada banyak kuasa untuk mengenakan wartawan atau organisasi media. Mereka boleh sahaja menggunakan pelbagai akta yang ada untuk menghalang profesionalisme wartawan disuburkan dan dilaksanakan. Kerajaan tahu banyak wartawan yang terpaksa menyara keluarga dengan profesion ini. Mengugut dengan pelbagai akta tentunya membuatkan wartawan memikirkan kepentingan keluarga daripada memurnikan profesion.

Sekiranya wartawan sering digertak dengan pelbagai akta,  malah ada akta lama dipinda untuk memperketatkan lagi cengkaman, matlamat mewujudkan persekitaran sosiobudaya dan politik yang sihat tidak akan tercapai. Ketidakadilan berlaku apabila masyarakat disekat mendapat maklumat sebenar dan undang-undang membenarkan sekatan itu.


Monday, April 18, 2016

Deklamasi puisi selepas keluar Utusan


Pada Jumaat 1 April 2016,  hari pertama saya tidak lagi menjadi keluarga besar Utusan Melayu selepas  bernaung  di "rumah pusaka bangsa"  itu selama 32 tahun 4 bulan,  saya mendeklamasikan puisi Pahlawan Yang Dipotong Lidahnya (karya Rozais Al-Anamy) pada acara pelancaran buku di Rumah Pena, Kuala Lumpur.


Gambar oleh Ladin Nuawi 



PAHLAWAN YANG DIPOTONG LIDAHNYA

Sewaktu kita berbicara tentang pahlawan yang dipotong lidahnya
Usahlah kau menyebut –nyebut sejumlah istilah yang sudah basi -
Kemerdekaan, kebebasan, ketelusan telah lama mati
Walaupun dijenamai seribu istilah murni
Mata mungkin buta tapi tidak mata hati.

Seorang pahlawan adalah gelar untuk sebuah perjuangan
namun kau terus mengharapkan si pengasah pedang berdiam diri
tatkala rumah pusaka hampir runtuh digergaji tiangnya
oleh musuh yang kau berikan selimut tadi malamnya.

Apalah ertinya pertarungan dengan lawan yang diikat tangan dan kaki
Tanpa menjunjung maruah kau berkali-kali bertitah tentang kesetiaan
Sedangkan anak bangsa semakin hilang peta tanahairnya
Tiada yang membela kerana semua dipasung akta dan denda.

Sewaktu kau bersuara tentang anjing yang setia
Usah kau lupa betismu yang akan digonggong binatang yang sama.


ROZAIS AL-ANAMY
Desa Pinggiran Putra, Putrajaya


Saturday, April 16, 2016

Apa kata The New York Times mengenai derma RM2.6 bilion?



Menteri Luar Arab Saudi semasa di Munich Februari lalu


Apabila  Menteri Luar Arab Saudi mengakui memang benar derma RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak,  banyaklah yang menggunakan kenyataan itu untuk menyokong hujah bahawa  RM2.6 bilion itu sah bukan dari IMDB.  Malah ada pihak yang mempertikaikan kenapa akhbar The Wall Street Journal (WSJ)  tidak meminta maaf atau setidak-tidak  melaporkan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu. Sebagai perbandingan mereka membariskan beberapa akhbar luar negara.

Malangnya akhbar yang dikatakan membuat kemas kini tentang derma RM2.6 bilion itu kurang wibawa kalau hendak dibandingkan dengan WSJ.  Mereka tidak memetik laporan akhbar The New York Times misalnya yang membuat satu analisis pendek yang padat dan jelas.

Pada Februari lalu Menteri Luar yang sama pernah mengeluarkan kenyataan kepada Reuters bahawa RM2.6 bilion yang diberikan kepada Najib bukanlah derma tetapi pelaburan.  Bagaimanapun laporan Reuters ini tidak disiarkan oleh media arus utama.  Semasa di Istanbul  kelmarin,  Menteri Luar itu memberikan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan pada Februari.

Maka beberapa panglima Najib pun berkokok kononnya sudah sah RM2.6 bilion itu bukan wang 1MDB.  Rakyat jangan tertipu atau menelan bulat-bulat,  cubalah meneliti sumber-sumber lain.  Panglima Najib hendak menyokong ketua mereka,  itu memang kerja mereka.  Tetapi kita sebagai rakyat yang mempunyai pemikiran yang merdeka perlu berhati-hati dengan setiap kata-kata mereka.

Cuba teliti laporan The New York Times  15 April 2016 di bawah ini:



Path of $681 Million: From Saudi Arabia to Malaysian Premier’s Personal Account



How did $681 million end up being deposited in the personal bank account of Malaysia’s prime minister, Najib Razak, last year?

Not in any corrupt way, officials insist.

Saudi Arabia’s foreign minister said on Thursday that an unspecified Saudi source had given a large sum of money as a “genuine donation” with no obligations attached. He joined top Malaysian leaders in waving away any suggestion of scandal.

For those who have never had fortunes deposited into their personal bank accounts with no obligations attached, this may sound suspicious. Indeed, Mr. Najib has been subject to fierce international scrutiny, including a United States Justice Department investigation, as he continues to deny any wrongdoing.

The Investigation

In July, news reports accused Mr. Najib of putting the huge sum in his own accounts. Critics calling for him to step down charged that at least some of the money had been criminally channeled from the 1 Malaysia Development Board, a government fund set up by Mr. Najib. More recently, Swiss investigators have said it appeared that about $4 billion had been misappropriated from Malaysian state companies.

Efforts to investigate the brewing scandal were met with stiff resistance. The government halted investigators, suspended a news organization and fired a deputy prime minister who was asking questions.

In January, Malaysia’s attorney general, Mohamed Apandi Ali, who was appointed by Mr. Najib, cleared Mr. Najib of any misconduct.

“I am satisfied that there was no evidence to show that the donation was a form of gratification given corruptly,” Mr. Apandi said in a statement.

Officials eager to put the flap behind them have considered the attorney general’s investigation the final word.

“It is a genuine donation with nothing expected in return,” the Saudi foreign minister, Adel al-Jubeir, told reporters in Istanbul on Thursday. “And we are also fully aware that the attorney general of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing. So, as far as we are concerned, the matter is closed.”

The Explanation

There hasn’t been much of one. In January, the attorney general said that the money was a personal donation from the Saudi royal family and that Mr. Najib had returned $620 million “because the sum was not utilized.”

No reason has been given for why the Saudi royal family would send the prime minister $681 million, or what the prime minister did with the $61 million that was not returned.

Until Mr. Jubeir’s comments Thursday, no Saudi official had said that the entire amount was a donation from a source in Saudi Arabia. The foreign minister did not identify the donor or the purpose of the gift, or confirm that most of the money had been returned.

In an interview in February, Mr. Jubeir gave a somewhat different explanation.

“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia,” he said then.


The Response

Mr. Najib’s office, which has tried without success to put the controversy to rest, issued a statement on Friday welcoming Mr. Jubeir’s comments.

“This confirms what the prime minister maintained all along, and what multiple lawful authorities concluded after exhaustive investigations: The funds were a donation from Saudi Arabia,” said Mr. Najib’s press secretary, Tengku Sariffuddin.

But Mr. Najib’s opponents said they had found Mr. Jubeir’s most recent statement unconvincing.

In August, thousands of demonstrators gathered in Kuala Lumpur, defying police orders, in anger at Mr. Najib. Not buying the official explanation for the large cash transfer, one held a sign that read, “You really think we are stupid?”