Thursday, May 30, 2013

Perempuan India berhemah, polis biadab

Bayangkan kalau anda di tempat anggota polis ini, apakah yang akan anda lakukan kepada seekor manusia yang begitu berhemah kepada anda?  Sudah tentulah anda akan memuji tindakan seekor manusia itu kerana polis semuanya salah. Perusuh pula semuanya benar.  Kalau perusuh maki polis, polis yang salah. Kalau polis pukul perusuh polis juga yang salah. 


Sepatutnya penghargaan itu diberikan kepada seekor manusia ini bukannya kepada anggota polis itu. Inilah demokrasi yang diperjuangkan oleh puak pembangkang. terpulanglah kepada anda untuk memilih demokrasi yang mana satu. Saya sentiasa membayangkan tentu manusia-manusia yang berhemah seperti ini akan mengisi negara ini sekiranya pembangkang berjaya menjadi kerajaan. Tetapi saya fikir surat khabar Utusan Melaysia memaparkan berita palsu. Gambar ini bukan diambil di Malaysia tetapi di India. Saya sangat pasti. Jangan percaya dengan gambar ini.

Kenapa Satu Malaysia gagal dalam PRU13?


Keputusan PRU13 pada 5 Mei lalu memperlihatkan perpaduan yang dikatakan utuh sebenarnya sangat rapuh. Perpaduan yang dimomokkan menerusi gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak hanya artificial atau pun sengaja dibuat-buat supaya kelihatan perpaduan antara kaum benar-benar wujud.

Hakikatnya PRU13 boleh dijadikan penanda aras untuk melihat sejauh manakah Satu Malaysia mampu memadam batas antara kaum utama di negara ini. Apabila pengundi Cina majoritinya menyokong parti berteraskan Cina  iaitu DAP, ini menunjukkan tidak ada  semangat yang merentasi batas kaum antara Melayu dan Cina.  Pengundi Cina menolak Barisan Nasional (BN) yang membawa imej Malaysia kerana   BN dipimpin oleh  UMNO sebuah parti Melayu.

Walaupun dalam BN ada parti Cina iaitu MCA tetapi pengundi Cina menolak MCA kerana parti itu bersekutu dengan orang Melayu menerusi  UMNO. Sebaliknya mereka memilih DAP kerana parti itu tidak didominasi oleh kaum lain. Memanglah di atas kertas  DAP hanya sebahagian daripada Pakatan Rakyat yang dalamnya ada Pas dan PKR. Tetapi kita jangan lupa bahawa DAP yang mengemudikan Pakatan Rakyat. DAP mendapat lebih banyak kerusi Parlimen daripada PKR dan Pas.

Ini bermakna,  memilih DAP adalah memilih pemimpin Cina yang terpisah dengan semangat perpaduan bersama kaum-kaum lain terutama Melayu.  Pengundi Cina sengaja mewujudkan pengasingan kerana pada tanggapan mereka DAP boleh memimpin kerajaan Pakatan Rakyat biarpun Anwar Ibrahim  diuar-uarkan menjadi Perdana Menteri. Pengundi Cina tidak ambil kisah  tentang kewujudan Pas dalam Pakatan Rakyat kerana Pas  bukanlah suara dominan yang boleh mengatasi suara DAP.  Pas dan PKR hanya pak turut.  Tetapi kalau mereka memilih MCA,  suara MCA lebih kecil daripada suara Melayu menerusi UMNO.

Daripada keputusan PRU13, siapa lagi yang berani berkata  wujudnya Satu Malaysia dalam konteks perpaduan kaum di negara ini? Siapa lagi yang berani berpura-pura dan berbangga bahawa Malaysia negara pelbagai kaum yang berjaya?  Polarisasi kaum ternyata di peringkat yang sangat membimbangkan.  Ini dicetuskan oleh orang Cina yang ditunjukkan dalam PRU13.  Gagasan Satu Malaysia yang melanggar asas-asas dalam Perlembagaan gagal sama sekali.  Satu Malaysia hanya menonjolkan tiga kaum utama; Melayu, Cina dan India.  Padahal dalam Perlembagaan,  yang ditulis  hanya empat kaum iaitu Orang Asli di Semenanjung  Malaysia,  orang Melayu, bumiputera Sabah dan bumiputera Sarawak.

Tidak ada sepatah pun tertulis Cina dan India yang diangkat kepada kedudukan kedua dan ketiga dalam gagasan Satu Malaysia.  Bukanlah ini membelakangkan Perlembagaan?  Baiklah,  nasi sudah pun menjadi bubur yang basi dan tidakl boleh dimakan. Kalau nasi menjadi bubur,  masih boleh dimanfaatkan. Tetapi kalau bubur basi sama sekali tidak boleh dimakan.

Kita tidak boleh menerima kenyataan ini secara pasif,   tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah tahu  bahawa pepaduan sangat rapuh dan polarisasi kaum mengambil tempat mencetuskan retak mencari belah.  Perdana Menteri,  tolonglah mendengar suara pemikir-pemikir Melayu yang masih tidak berputus asa untuk menzahirkan perpaduan di negara ini. Caranya dengan menunaskan  bibit kebersamaan  antara kaum  bermula peringkat kanak-kanak hingga remaja menerusi sistem pendidikan sekolah satu aliran di sekolah kebangsaan.

Najib kena berani bertindak untuk membina perpaduan selepas diruntuhkan oleh  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan India.  Tidak ada negara di dunia ini yang mengizinkan  sekolah vernakular seperti ini waima di negara majoriti Cina seperti Singapura.  Pemikir Melayu sudah lama bersuara bahawa kunci perpaduan adalah memartabatkan sekolah kebangsaan.  Sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu tetapi sekolah untuk semua kaum.

Sikap pengasingan diri yang berlaku  dalam masyarakat Cina negara ini disebabkan sistem pendidikan yang  membenarkan pengasingan itu.  Sistem pendidikan telah menjadi alat politik dan mahu menjaga hati  orang Cina dan India lalu diwujudkan sekolah vernakular yang hakikatnya menghancurkan perpaduan.  Tetapi menerusi  gagasan Satu Malaysia,  Najib telah melambakkan begitu banyak peruntukkan kepada sekolah vernakular ini.

Kerana itu apabila keputusan PRU13 menunjukkan suatu yang tidak menggembirakan disebabkan pengundi Cina lari kepada DAP,  Najib kena menerima hakikat bahawa semua ini disebabkan oleh  sikapnya yang menjadi pemangkin polarisasi  kaum apabila sekolah vernakular diperkasakan secara berlebihan.




Wednesday, May 29, 2013

Pemikiran dan perjuangan Ainuddin Wahid


Wawancara saya dan rakan sekerja Siti Mariam Mohd Zain dengan Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid di kediamannya di Taman Tun Razak, Ampang Jaya Selangor dan disiarkan pada 18 November 2007.  Ketika kami mewawancara Allahyarham sudah uzur dan bergerak hanya menggunakan tongkat berkaki empat.  Semalam Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir tetapi terus dikenang sebagai pejuang bangsa menerusi dunia pendidikan.
.
MINGGUAN: Apa yang dapat Tan Sri katakan tentang isu yang terus berbangkit ini?
.
 AINUDDIN : Ada dua perkara di sini. Pertama, setiap anak itu mudah belajar atau dapat belajar dengan lebih baik melalui bahasa ibunda mereka. Kedua, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan. Kalau kedua-dua ini digabungkan, tiada sebab kita perlu beralih kepada bahasa lain. Ini adalah asas yang perlu kita pegang sampai bila-bila.
.
Bukankah tujuan asal memperkenalkan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah untuk memahirkan para pelajar kita dengan bahasa tersebut. Tan Sri setuju dengan pendapat ini?
.
 AINUDDIN : Itu yang saya tidak faham. Setiap pendidik mesti tahu, untuk mendidik para pelajar, yang semudah-mudahnya dengan bahasa ibunda mereka, kebetulan bahasa kebangsaan kita ialah bahasa Melayu. Kalau belajar dalam bahasa Inggeris boleh menghasilkan pelajar lebih baik mungkin pandangan kita berbeza. Tetapi sekarang ini, saya masih tidak faham bagaimana isu menjadikan bahasa Inggeris bahasa pengantar boleh timbul. Sepatutnya bahasa yang digunakan di sekolah tidak harus diubah-ubah kerana jelas bahasa kebangsaan kita ialah bahasa Melayu. Bagi saya, tidak mungkin orang di kementerian tidak tahu hakikat masyarakat kita. Anak-anak kita lahir - bercakap Melayu. Mungkin orang akan kata saya berkasar pula nanti. Tetapi seharusnya perkara ini tidak dibangkit-bangkitkan lagi. 
.
Tan Sri melihat desakan supaya kembali kepada kaedah pengajaran asal ini sebagai tepat?
.
 AINUDDIN : Itu semestinya. Ia dasar pokok seperti saya katakan tadi. Mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak menghasilkan faedah yang lebih kalau kita mengajar menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul. Sebaliknya, masalah semakin membesar kerana para pelajar kita hakikatnya tidak begitu memahami kedua-dua subjek ini. Kalau mengajar dengan menggunakan bahasa lain, lagi susah mereka hendak menerimanya.
 .
Bila bercakap soal menjadi negara maju, kita tidak dapat menafikan kepentingan bahasa Inggeris. Ia dilihat sebagai bahasa ilmu kerana banyak maklumat tentang sains dan teknologi ditulis menggunakan bahasa ini. Pandangan Tan Sri?
.
 AINUDDIN : Saya ingin bertanya, bagaimana orang Turki boleh maju? Saya sebutkan Turki sebab saya pernah beberapa kali ke sana. Saya lihat tiada masalah bahasa yang timbul. Walaupun mereka menggunakan bahasa ibunda dalam mencari ilmu, kemajuan yang dicapai bukan baru sekarang tetapi sejak lama dulu. Begitu juga Jepun, kenapa mereka maju? Bukan sebab bahasa Inggeris tetapi kerana sikap dan kesungguhan mereka.
.
Bukankah hakikatnya jika kita tidak mementingkan bahasa Inggeris di era globalisasi sekarang kita akan terus ketinggalan dalam arus kemajuan?
.
 AINUDDIN : Bukan bermakna kita tidak mementingkan bahasa Inggeris. Memang bahasa Inggeris penting untuk kita berkomunikasi dengan orang luar tetapi cukuplah sekadar itu. Jangan sampai ia akhirnya dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Itu sahaja kebimbangan saya. 
.
Dakwaan mereka buku-buku sains dan teknologi ini dikatakan banyak dalam bahasa Inggeris?
.
 AINUDDIN : Siapa kata? Macam saya dulu, semasa penjajahan Jepun, saya belajar bahasa Jepun. Dengan izin Allah, saya menjadi Naib Canselor (UTM). Hakikat itu yang kadang-kadang kita tidak perasan atau buat-buat tak perasan. 
.
Mengapa persepsi bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa ilmu tidak wujud di Malaysia?
..
 AINUDDIN : Saya fikir kerana budaya kita akur kepada apa sahaja yang dikatakan oleh menteri, kita tidak berani berhujah dengan mereka.
.
Apa yang ada pada Turki dan Jepun yang boleh maju dengan bahasa sendiri, sebaliknya tiada pada negara kita. Ini berbalik semula kepada dakwaan sesetengah pihak bahawa untuk menjadi maju kita perlu bergantung kepada bahasa Inggeris kerana ia dilihat sebagai bahasa ilmu?
.
 AINUDDIN : Inilah akibatnya kalau ada jarum yang cuba mencucuk di kiri dan kanan. Saya cakap begini bukan kerana benci kepada pihak-pihak tertentu tetapi bagi saya ini adalah kenyataan yang patut orang Melayu fikirkan bersama. Kita tidak sedar pengaruh mereka kerana mereka melakukannya dengan cara cukup halus, kelemahan kita ialah selalu memberikan ruang.
.
Tetapi dalam hal ini kementerian cuma memperkenalkan pengajaran bahasa Inggeris kepada dua subjek saja - Sains dan Matematik?
.
 AINUDDIN : Itu langkah pertamanya, ini yang saya katakan jarum halus yang cuba dilakukan pihak-pihak tertentu. Lama-kelamaan bahasa Melayu kita akan terus terpinggir. Kita tidak sedar kadang-kadang kita dipermain-mainkan. Saya sedih jika perkara begini pun kerajaan atau lebih tepat lagi UMNO tidak mampu menanganinya. 
.
Kesan jelas ialah yang menjadi mangsa adalah pelajar-pelajar kita sendiri - kerana sistem itu sekejap begini, sekejap begitu, tidak konsisten?
.
 AINUDDIN : Betul. Tetapi saya tetap berpegang kepada hukum semula jadi iaitu setiap anak itu akan lebih mudah belajar dalam bahasa ibunda mereka. Bukan saya sengaja mereka-reka cerita tetapi memang sudah menjadi pendapat umum.
.
Kira-kira tiga tahun lalu, apabila mendapat tahu kementerian akan melaksanakan pengajaran bahasa Inggeris untuk kedua-dua subjek ini, apa yang terdetik di fikiran Tan Sri ketika itu? 
.
 AINUDDIN : Terpulang pada persepsi masing-masing untuk menerimanya atau tidak (diam). Tetapi saya mengandaikan yang ada jarum cuba masuk. Sebenarnya tujuan mereka hendak mengetepikan bahasa kebangsaan, itu yang saya terfikir pada masa itu. Saya juga tidak faham mengapa kementerian mahu melakukan perubahan mengajar dalam bahasa Inggeris ini.
.
Mungkin ini cara singkat untuk membolehkan para pelajar menguasai bahasa Inggeris?
.
 AINUDDIN : Mana boleh cara singkat. Lagi susah bagi pelajar-pelajar Melayu. Mereka hendak memahami bahasa Inggeris itu satu usaha, hendak mempelajari Matematik dan Sains pula satu usaha lain. Bila ini berlaku, dengan sendirinya keputusan peperiksaan pelajar-pelajar terbabit akan merosot. Ini semua tidak pernah dibincangkan kerana ada pihak-pihak tertentu yang percaya bila kita membangkitkan isu ini dikatakan sengaja menyentuh soal perkauman.
.
Maknanya tiada alasan untuk kita meneruskan pengajaran subjek itu dalam bahasa Inggeris?
.
 AINUDDIN : Ya. Apa alasan kita berpatah balik? Adakah dengan menggunakan bahasa Malaysia, pencapaian anak-anak kita semakin menurun? Tidak, sebaliknya saya percaya semakin ramai yang akan mencatatkan keputusan cemerlang.
.
Bagaimana Tan Sri meletakkan kepentingan bahasa kebangsaan ini kepada negara?
.
 AINUDDIN : Dari segi hakikatnya, bahasa ini lambang kebanggaan negara. Cuba lihat di sekeliling kita bila bercakap sesama sendiri, mereka menggunakan bahasa apa? Kalau saya, saya malu hendak menggunakan bahasa Inggeris. 
.
Bila memikirkan kecelaruan dan ketidaktentuan ini, apa yang dapat Tan Sri katakan?
.
 AINUDDIN : Sudah lama sangat kita memperjuangkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, ini pula kita hendak mengundur. Kalau ada bukti sahih mengatakan mengajar dalam bahasa Inggeris itu langkah yang baik, saya boleh terima tetapi sekarang apa alasan yang boleh diberi untuk mengatakan ia dapat meningkatkan kecemerlangan?
.
Langkah ini dibuat tanpa ada kajian terperinci?
.
 AINUDDIN : Tiada. Semua ini (tindakan) dibuat berdasarkan andaian semata-mata.
Tan Sri sedih dengan apa yang berlaku?
.
 AINUDDIN : Saya memang tidak boleh langsung berkompromi tentang isu ini. Patutnya kita malu membincangkannya. Tambahan pula selepas kita bersetuju menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Universiti Malaya (UM) dulu bahasa pengantarnya bahasa Inggeris tetapi pencapaian pelajar Melayu tidaklah melangit bagusnya. Begitu juga semasa saya di Maktab Teknik. Bila ada cadangan mahu menukarkan bahasa pengantarnya daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, saya terus setuju. Ini baru langkah yang betul. Kalau hendak menunjukkan bahasa memainkan peranan penting, Soviet Union (Rusia) tidak pun menggunakan bahasa Inggeris tetapi negara itu yang dulu ke bulan. 
.
Tan Sri terlalu sensitif tentang isu bahasa ini?
.
 AINUDDIN : (Senyum) Memang saya tidak boleh bertolak ansur langsung. Kalau ada alasan munasabah, lain. Saya mula-mula masuk ke Maktab Teknik sebagai pengetua, memang saya menerima keadaan yang ada. Dalam hati terdetik perasaan mengatakan inilah satu sebab pelajar Melayu banyak gagal (kerana bahasa pengantarnya bahasa Inggeris). Selain itu berlaku juga sikap pensyarah tertentu yang sengaja menggagalkan pelajar Melayu. Saya ada bukti tentang apa yang saya perkatakan ini. Pernah seorang pelajar datang berjumpa saya dan mengatakan dia sebenarnya dapat menjawab soalan peperiksaan yang diberikan tetapi keputusan yang diperoleh menunjukkan dia gagal. Saya sendiri menyiasat perkara ini dan selepas membandingkan dengan kertas jawapan pelajar kaum lain, saya dapati dakwaan pelajar Melayu itu benar. Saya panggil pensyarah tersebut dan dedahkan apa yang dia lakukan, dia menggigil di depan saya. Akhirnya pensyarah itu ditukarkan ke sebuah politeknik. Pada saya, sepatutnya dia diberhentikan terus daripada mengajar kerana sikap perkauman yang ditunjukkan jika tidak, mungkin dia akan melakukan perkara yang sama di tempat baru. Kes ini terungkai pun sebab pelajar Melayu itu kenal saya, kami boleh berbual. Mungkin perkara sama berlaku kepada pelajar lain tetapi mereka tidak berani membuat aduan tentang sikap pensyarah.
.
Mungkinkah ini berlaku kerana budaya orang Melayu itu sendiri yang mengamalkan dasar selalu berlembut?
.
 AINUDDIN : Kalau lembut tidak mengapa, tapi bagi saya ini bodoh. Ada satu lagi kes, seorang pelajar Melayu tahun akhir gagal di UM, semasa itu saya masih di Maktab Teknik. Bila dia gagal, pada satu peringkat dia berjumpa saya. Saya lihat keputusan peperiksaan dia yang lepas-lepas, semua lulus. Cuma satu perkara (subjek) disebabkan dia dikatakan gagal, dia dibuang universiti. Saya dan beberapa rakan lain berusaha mendapatkan biasiswa Mara untuk membolehkan dia menyambung pelajarannya ke Scotland. Yang menggembirakan kami, dia berjaya mendapat pingat emas dalam peperiksaan akhir mengalahkan pelajar-pelajar orang putih di sana. Ini contoh penganiayaan yang dilakukan ke atas pelajar-pelajar Melayu.
.
Mengapa Tan Sri tidak boleh berkompromi tentang isu bahasa ini?
.
 AINUDDIN : Kerana ia aib kepada orang Melayu.
Dalam usaha meningkatkan minat pelajar terhadap bahasa Inggeris, mungkin masalahnya berkaitan kaedah pengajaran kurang menarik atau ada sebab-sebab tertentu menyebabkan mereka gagal menguasai bahasa ini. 
 .
Pandangan Tan Sri?
.
 AINUDDIN : Tiada sebab anak Melayu itu tidak boleh belajar bahasa Inggeris. Persoalannya, kenapa dia gagal? Mungkin antara sebabnya ialah wujud sikap mengajar sambil lewa guru kaum lain terhadap pelajar-pelajar Melayu. Ataupun berlaku kes seperti yang dialami oleh pelajar UM yang saya katakan tadi. Kemungkinan itu ada. 
.
Bagi Tan Sri, apa cara terbaik untuk memahirkan para pelajar dengan bahasa Inggeris? 
.
 AINUDDIN : Cukup dengan pengajaran subjek itu sebagai satu bahasa, diwajibkan pun tidak mengapa tetapi bukan sebagai bahasa pengantar. Apa yang saya bimbangi ialah mula-mula mengajar subjek Sains dan Matematik, lama-lama menjadi bahasa pengantar kepada subjek-subjek lain pula, akhirnya bahasa kebangsaan bertukar daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.
.
Mengapa pelajar Melayu kita sukar untuk menguasai bahasa Inggeris?
.
 AINUDDIN : Ini yang saya minta supaya kementerian membuat kajian. Dulu saya juga bermula di sekolah Melayu, sampai darjah empat baru masuk ke sekolah Inggeris. Tidak pula saya rasa macam menghadapi satu masalah besar untuk mempelajari bahasa Inggeris ini. Cuma saya bimbang ada unsur- unsur lain. Saya ingin bertanya, dah berapa lama kita menggunakan bahasa kebangsaan dalam sistem pengajaran di sekolah? Adakah para pelajar kita menjadi semakin bodoh? Tiada bukti mengesahkannya. 
.
Sampai bila isu bahasa ini harus berterusan?
.
 AINUDDIN : Pada saya, tiada isu lain yang lebih penting daripada mempertahankan bahasa kita. Jangan dibenarkan sekali-kali orang lain mengetepikan bahasa kita. Kalau ini berlaku, lebih baik orang lelaki Melayu pakai gaun. Ini bukan perkara aib bagi kita semua. Ini benda yang perlu kita perkatakan untuk kebaikan kita juga. Saya sanggup berhadapan dengan apa juga tindakan selagi saya tahu saya berkata benar. Mungkin orang nampak saya perkauman, sebenarnya tidak. Saya cuma menjaga kepentingan kedudukan bahasa kebangsaan kita.
.
Bagaimana Tan Sri melihat masa depan bahasa Melayu itu sendiri?
.
 AINUDDIN : Saya yakin jika kita ikhlas dan jujur, masa depan bahasa kita akan terus terpelihara. 
.
Apa yang boleh Tan Sri simpulkan tentang perbincangan isu bahasa ini?
.
 AINUDDIN : Pada saya, yang betul kita kata betul, yang salah kita mesti mengatakan itu salah. Daripada pengalaman saya sendiri jelas menunjukkan penganiayaan ini memang berlaku. Bukan semua pensyarah bersikap begini tetapi yang segelintir ini yang perlu kita betulkan kerana mereka ini yang merosakkan matlamat negara. 
.
Harapan Tan Sri sekarang?
.
 AINUDDIN : Bagi saya kalau Kementerian Pelajaran meneruskan juga keutamaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran di sekolah, tidak tahulah di mana kita harus menyorokkan muka kita, khususnya kepada kaum-kaum lain. Apa yang dicadangkan ini - balik semula mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bagi saya adalah betul.

Tuesday, May 28, 2013

Terjemahan wawancara Tun Daim dengan China Press


Berikut adalah terjemahan wawancara akhbar China Press dengan Tun Daim Zainuddin mengenai PRU 13, prestasi Najib Tun Razak dan juga kelemahan pasukan penasihat Najib yang membawa kepada kemerosotan BN. Daim juga bercakap mengenai tindakan Najib  menghamburkan begitu banyak wang di Pulau Pinang  semasa Tahun Baru Cina  termasuk konsert  penyanyi Korea, PSY tetapi tidak ada hasilnya.  Sebenarnya apa yang dikatakan Daim mengenai tindakan membeli undi dengan wang sudah banyak pihak mengulasnya dan semua tahu konsert besar-besaran itu bertujuan menjinakkan Cina kepada BN. Tetapi hasilnya gagal sama sekali.


1. Tun, what was first in your mind when you first received the full election result? Did you expect it?

I wasn't surprised.  At around 12noon the feedback I got was that - BN 141, DAP 38 but my own assessment was BN between 125 and 135 only.

2. Do you think this election was a fair one? Opposition parties and NGOs still accused BN of misuse the government facilities, and the problematic integrity of the electoral roll.
Of course it is fair. If its not fair how come in Penang and Selangor Pakatan improved on majorities and Federal BN get only 133. These accusations are not new. They said all these even before the elections. I’ve said earlier that they will be saying all these because they know they can't get to Putrajaya.

Read my interviews before this, I said they will be proclaiming to  the world they would win and that if they don’t its because they have been robbed and therefore entitled to protest, incite people which is what they are doing now and they want people to go to streets. They want FRUs, water cannons and teargas then CNN, Al Jazeera etc will be back and they are back in the news.

Anwar and Kit Siang are inviting police to arrest them. They want to be arrested. They are totally irresponsible. If you see the recent rallies and that majority of the participants are Chinese, what do you think will happen if one hot-headed Malay organisation wants to organise a counter rally? But Anwar and Kit Siang don't mind, if there is another interracial incident, they would blame BN.  If you are willing to sacrifice peace and stability for your ends, what kind of leadership is this?

They say they should be the rightful leaders of this country, yet they defy laws, defy the police, and they have no respect for, and undermine every institutions of government which they say they should helm. What kind of leadership promotes lawlessness and anarchy? What message do you send and what lessons do you teach the young and the impressionable? Leadership comes with responsibility.

There are laws in this country. Go to court, of course, they say courts are not fair, yet these same courts have acquitted Anwar. Again when it’s convenient to them they go to the courts to sue and silence their detractors. They accept where they won and reject where they lost.  They are selective. Karpal practices and appeals before this same Court.

Be brave and honest. Accept the results. Karpal says he is happy with the results. PAS has accepted. Azmin is critical of Anwar’s refusal to accept the results and doing these rallies, but don't read too much into his statements. It’s like an old married couple’s quarrel, one party merajuk (sulks) but in the end they are still together.

Anwar is already up to his tricks - putting out feelers to Barisan MPs. He is waiting after the Cabinet appointments for another round of his Sept 16.

3. As expected in our last interview, BN managed to retain Putrajaya but couldn't regain the two-third majority. What are the main reasons?
Really you should ask BN. But in my opinion, it’s the wrong strategy. As I’ve said before, this is a parliamentary election, not a presidential election. The PM's advisors should be sacked. If you associate a vote for BN as a vote for him, then BN poorer results reflects on him too.  I kept reminding them that those huge numbers at BN’s ceramahs do not translate into votes. You don’t try to fight his (Anwar’s) numbers with your even bigger numbers. Let Anwar be the entertainer (borrowing from The Financial Times). We are not entertainers, we don’t know how to sing, dance and tell jokes.  It’s a serious business electing a government, so lets leave this clown’s strategy alone and not play to his game.

 If I know, then surely BN knows that the Chinese majority areas were gone. Why waste time and money? As a strategy, you should concentrate on those areas where you lost by slim majorities in 2008 and strengthen the seats you won in 2008. There was also the question of choice of candidates, and for example in Pandan, why be petty?

Many people disputed that there was a Chinese tsunami.  But there was, in the sense that Chinese voters voted en block whilst non-Chinese votes were split; but this is their right. This is democracy.

What was disturbing was the reason for the en block votes. Pakatan preached hatred for BN particularly UMNO. DAP have always told the Chinese that they are victims, marginalised; that the cup they have is always half empty; that this is the time to teach MCA and Gerakan a lesson for being under UMNO’s control, that UMNO (and by extension the Malays) were dominant, and this was a Malay-led government, and the Chinese by voting out all the Chinese parties in BN is saying that they have had enough of being bullied by UMNO/ Malays. If this is not racist, I don’t know what is.

Their cybertroopers were at work, 24 hours a day, sending misinformation, spins, rumours, lies, untruths etc. Where were the Banglas? Where was the blackout? How many people whose ink washed off, voted twice? Tun M flew away in a private jet? Lies and lies and the Chinese believe in "ubah" and "Ini kali lah".

I told you if the Chinese rejected Najib's leadership, the rural votes will swing to BN. DAP benefited the most. PAS, I do not know how it is going to reorganise itself. PKR we know practice nepotism, ask Azmin.

As for the Indian votes, only some Indians votes came back to BN. Koh Tsu Koon has announced his retirement. Chua Soi Lek is not seeking re-election. In the West you lose, you retire. Brown retired. Here they are not morally strong to quit. Anwar stays on, Kit Siang stays on, Hadi stays on. Let me remind you, Anwar said he would retire if he failed to get to Putrajaya. Anwar does not keep to his word. He will never retire, until the day he is on his deathbed he would still want to be PM.

Let’s recognize that nowhere in the world is it easy to get a two-third majority. Urban voters everywhere in the world are anti-government. BN's strength lies in the rural areas. Yet too much time and money were wasted in urban areas where the results were almost certain.

4. Chinese votes for opposition even reached over 90%, why? From your observation, why MCA and Gerakan rejected by the Chinese? We still remember in 2004 the situation was totally different.

I have explained at length in the answer above. Chinese votes for the Pakatan reached 90% because they believed in Pakatan’s propaganda. This is at last the chance to reject the Malay-led BN.  We saw on polling day many Chinese came out in droves believing that Pakatan was going to win. They were all misled. Pakatan knew that they were not going to get the numbers. Imagine Chinese voting for PAS, when they have seen what was happening in Kedah and Kelantan. Chinese voters were taken for a ride that they were going to make the difference. If Hindraf can affect the 2008 results, imagine what the Chinese with their bigger number can do? This was the line given and they swallowed it. In 2004, Chinese gave the then PM with his clean image a chance but that got to BN’s head and 2008 was the result. In 2013, Pakatan tapped into the Chinese and urban psyche. The Chinese are practical people and if they felt that the votes could go either way, they would not take a chance and choose stability over change; but if they believed that they can change the Government and win, then they did what you see in GE13. But Chinese normally bet on minority horse.

5. By analysing the results, we can see DAP won more seats this time and seats won by PKR and PAS also close to their numbers in 2008. Does it mean Malay votes still split? How about Indian votes?

Malay votes split 4 ways. UMNO, PAS, Keadilan and fence sitters. Lucky for BN, this time most went to UMNO. Less than 50% of Indian voters voted BN.

6. Why the 1Malaysia plans, ETP, transformation plans did not work and caused BN a bigger loss?

I don't think people reject 1Malaysia, ETP etc. The issues were not these. In all my earlier interviews I had listed the rakyat’s concern. These were and still are 1) corruption 2) good governance 3) security 4) education 5) inflation 6) urban poor 7) young graduates. Government instead focused on giving handouts. You give dinner once, people thank you. Give them five times and they think you are trying to buy their votes.

7. Even though you have given your warning, but the so-called Chinese Tsunami was so big to be stopped. But, is it fair to blame the Chinese for BN's not so good victory?

I have explained the Chinese tsunami. Of course, Pakatan have to say it is not Chinese tsunami, otherwise they will be held responsible for this racial divide. Are they denying the Chinese voted en block and Malay votes were split? No one is blaming the Chinese, but this what it is.  As I said they were misled and they voted Pakatan but again it is their right to buy into that argument and voted to kick the BN out.

8. How to change their minds or should BN given up Chinese by promoting the Ketuanan Melayu sprit to rely more on the support of Malays?
You can always try and you must try to change their minds. You cannot give up on nearly 30% of your fellow citizens. But you have to address issues as in my answer to Question 6.

Ketuanan Melayu was when the Malays fought against Malayan Union. Ketuanan Melayu was in the Federation of Malaya Agreement of 1948.  After 1957 and later in 1963, there is constitutional Malaysia. All races have accepted the Constitution. It is a fine and well-balanced document.  Sabah, Sarawak and Singapore too had accepted this document. The Constitution protects all citizens. We are all Malaysians. As I said, I'm born a Malay, you are born a Chinese. We don't chose to be Malay or Chinese, but you and I choose to be Malaysians. That is our choice. If I don't like to be a Malaysian, I can choose to be something else also. So let us stay united and work hard and sincerely and make sure the country continues to prosper in peace.

9. Najib has offered a “reconciliation" plan. How serious is he? In addition, if this plan is necessary, how should Najib deal with it?

I am glad he offered reconciliation. He must be serious. You don't make statements you don't mean. You are a leader. But I read Pakatan has rejected his overtures, they talk about unity but do not practice it. Instead they offer preset conditions.  Are they sincere?  As leaders, the country must come first.

10. How is this so-called process of reconciliation ever going to take place when chauvinists and radicals still there to give their provoking remarks?

We, the rakyat must reject the chauvinists and the radicals. Government must take action against them. Rakyat must show support against these people. Country must come first. Whatever you may think about the Malays, they have shown that they reject extremists.  They rejected Perkasa, Ibrahim Ali and Zulkifly Nordin.

11. Some people say Najib is a lame duck Prime Minister, he has not only has to think of how to regain the support of non-Malays but has to guard against the wolves in his party. Will he encounter any problem when party election takes place this year?
I have retired. I don't know the mood is in the party. He has to explain to party members what went wrong. Is he going to be a lame duck PM? Cameron in UK, Gilliard in Australia, Mohan Singh in India so far are ok even though in their cases they are ruling on razor thin majority.

UMNO has to remain united if it wants to get the support of Malays. Strengthen your rural support and the rest of the Malays will respect UMNO. If he explains to UMNO what went wrong then I think UMNO will accept and offer their support. It will take a bit of time with the Divisions and he has to make sure they continue to support him and he has to tell UMNO members that only UMNO is their saviour. I believe UMNO members will give him another chance. Those disloyal, you must punish them. But prove with evidence.  You have the Opposition to deal with you don’t need enemies in the blanket.  You don’t need over 3 millions members if they did not work or vote for you. It is better to have a smaller but committed membership who love the party and want what is best of it. For far too long, UMNO has had members who placed self-interest above the party.

12. Please analyse the result for Selangor. Far from what we expected, BN lost more seats and more popular votes this time despite of thousand good efforts had been put?

Selangor was a disaster. When I got feedback on the problems on the ground, I sent many messages to the leadership. I spoke to Zain (Mohd Zain Mohamed, the BN Selangor Election Director). He assured me of victory, totally ignoring the voices on the ground. His own Ketua Pemuda stood against him and so many ketua bahagians campaigned against him.

I think Zain was a wrong  choice. He was dropped from Cabinet by Najib because obviously he didn’t think much of his ability and then you appoint him as Selangor UMNO Secretary. I don't understand Najib’s logic. When you all asked me at the last interview, I said there were problems of wrong candidates. Ketua Bahagians’ were not happy. Among UMNO (members) sabotage was everywhere. I told Zain a list of state seats that were in trouble. Zain said yes a bit of problem but BN would win. In all those seats that were in my list, BN lost. With wrong candidates not going to the ground, ignoring divisional chiefs, not visiting your members and voters, sabotage, you couldn't win.

When I was in Negeri Sembilan campaigning on Friday night, I got a message that Bukit Selambau state seat under the Merbok Parlimentary seat was in trouble.  I got back to KL at 2 am and a few hours later, early on Saturday morning, I flew to Kedah. They were still quarrelling about the state candidate, even when it’s one day before polling. I told them they were crazy. Just vote BN. Told them they had half a day left to campaign and go together and campaign and be seen to be united. They lost by 500 votes because they closed their pondok panas by 4pm, confident that they had won. I smsed you by noon that BN won Merbok but the Indians there have to quarrel even at the last minute about candidates and we lost. We are our own worst enemies.

13. As well as in Penang. Before 5 May, BN seemed to have some hope as the 1Malaysia welfare group had organized many free dinners around Penang and free concert. They tried to attract the voters with money and presents. But, all effort proved useless. Why?
These people are amateurs. They are silly people. They think they are clever and throw money around. Better give to charity. Why BN allowed stupid events like these? People are insulted because they knew you thought they could be bought with money, concerts and dinners.  So they came to relax, have free makan and  be entertained. This is an election. It’s a serious matter. Let Anwar be the entertainer.

Transkripsi bekas Hakim Mahkamah Rayuan

Pada 12 Mei, Malaysiakini melaporkan ucapan bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah dalam "Wacana Post Morterm PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah".

Mohd Noor Abdullah dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.


Beliau membuat seruan demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.


Ekoran kenyataan itu, beliau mendapat kritikan keras pelbagai pihak, termasuk oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya mengatasi kumpulan pelampau Ku Klux Klan di Amerika Syarikat.


TRANSKRIP


Benarkan saya bercakap yang benar. Tiada yang tidak benar, melainkan yang benar. Terima kasih.

Beginilah, saya mulai dengan berkata, pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu, itu adalah benar, oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi.

Kalau ada pihak-pihak yang menyalahkan pemimpin-pemimpin mereka kerana menipu demi hendak menjaga hati dan perasaan orang Cina terpulanglah.

Tetapi bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana, orang Melayu bila dikhianati, dia membalas. Dan bila dia membalas, dendam kesumat dia tidak sudah-sudah.

Saya hanya menyeru kepada orang Melayu, untuk berjihad dan memperkasakan perlembagaan dan tidak ada sesiapa yang hendak menentangnya kerana perlembagaan itu adalah persetujuan semua masyarakat di Malaysia ini.

Kalau begitu, perjuangan pertama orang Melayu ialah, kita hapuskan istilah "Melayu", "Cina", "India" dan "lain-lain"... dalam otak kita sejak merdeka - Melayu, Cina, India dan lain lain.

Bila ada istilah "Melayu", "Cina", "India", pertama, kita mengiktiraf; kedua, kita ikut susun atur keutamaan-keutamaan.

Adakah kita letak "lain-lain" itu secara... Siapa dia, orang Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, layakkah mereka diletak di corot? Selepas orang Melayu, Cina, India, dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain lain. Salah.

Jadi saya menyeru, istilah yang memecahbelahkan, istilah perkauman ini, kita hapuskan, oleh kerana dalam perlembagaan tiada sepatah pun menyebut "Cina", "Orang Cina", "India", "Orang India", "Malaysian Chinese", "Malaysian Indian", tidak ada langsung.

Jadi kenapa kita boleh iktiraf? Izinkan saya menghuraikan apa yang ada, dalam perlembagaan ada menyatakan hanya empat masyarakat. Bukan kaum, bukan bangsa, empat masyarakat.

Pertama Orang Asli, mereka inilah masyarakat yang teristimewa, iaitu apa saja yang nak dibuat menurut undang-undang bagi kemajuan, baik untuk keharmonian atau kebaikan, serba-serbinya untuk mereka ini sah dari segi undang-undang.

Siapa orang asli? Mereka adalah aborigines of Semenanjung of Tanah Melayu. (Mereka) Orang asli di semenanjung Tanah Melayu ini. Mereka ini saya katakan, adalah sepupu orang Melayu.

Yang kedua ialah, yang diiktiraf dalam perlembagaan ini, Orang Asli, orang Melayu. Siapakah orang Melayu? Orang Melayu ialah orang yang beragama Islam, bercakap Bahasa Melayu, berbudaya Melayu dan lahir di semenanjung Melayu sebelum Merdeka.

Termasuk salah seorang daripadanya, orang Melayu yang satu lagi (ialah yang) tidak (Melayu), yang kahwin dengan yang Melayu (maka) anaknya Melayu.

Siapa dia? orang Arab kahwin Melayu, orang India kahwin Melayu, orang Cina kahwin Melayu, siapa saja kahwin orang Melayu, anak itu adalah Melayu Nusantara.

Begitu juga Bumiputera. Bumiputera Sabah adalah anak cucu kepada masyarakat di bumi Sabah. Dan Sarawak pula, begitu juga, cuma terhad kepada anak perkahwinan sesama mereka. Kahwin campur dengan bukan pribumi Sarawak, bukan diiktiraf sebagai pribumi Sarawak.

Orang Asli sepupu kita, Bumiputera Sabah Sarawak itu saudara-mara kita. Selain daripada itu, adalah jiran tetangga semata-mata.

Oleh kerana mereka datang menumpang dulu, kita iktiraf dia, kita beri perlindungan dan akhirnya kita beri kerakyatan sampai kaya raya. Maka, istilah pengkhianat itu pantang larang orang Melayu.

Kedua, menurut perlembagaan, sepatutnya di negara kita hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Saya gunakan istilah ini: sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan.

Saya guna istilah "hapuskan" oleh kerana perlembagaan tidak mengiktiraf sekolah jenis kebangsaan. Oleh kerana adanya sekolah kebangsaan, adanya sekolah jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, dan swasta, ia memecahbelahkan rakyat.

Apakah bentuk satu aliran pelajaran? Saya katakan, zaman Inggeris itu ada government English school, sekarang patut ada sekolah rendah kerajaan, sekolah menengah kerajaan. Itu saja ada sekolah.

Jadi sekolah jenis kebangsaan yang ada sekarang ini, sekolah jenis kebangsaan Cina, India yang ada sekarang ini, kita ubah dia kepada sekolah kerajaan. Jenis-jenis tidak ada dah, sekolah rendah dan sekolah menengah (sahaja).

Di sana, semua pelajar-pelajar belajar di satu bilik darjah, makan minum dalam satu kantin dan bermain sepadang dan gelanggang yang sama. Barulah kita boleh terapkan perpaduan dan integrasi nasional. Kalau ada yang tidak setuju, mereka adalah antiperpaduan.

Adakah salah bagi saya menyatakan sesuatu yang benar? Sepatutnya apa yang saya kata ini disokong bukan saja oleh orang Melayu tetapi oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Yang penting, bukan sekadar betul, kita berjihad untuk memperkasakan perlembagaan. Seandainya ada sekolah-sekolah yang membantah, maka caranya ialah, dapatkan perintah mahkamah, bahawa wujudnya sekolah jenis kebangsaan Cina dan India, itu tidak sah dan bertentangan dengan perlembangaan.

Tentu adanya peguam di sini dan peguam itu boleh dapatkan perintah mahkamah. Di Mahkamah Persekutuan, lima panel hakim di sana, mengatakan, pertama dana negara, dana negeri yang dibelanjakan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan India tidak ada peruntukan dalam perlembagaan.

Lihat Perkara 12, ada menyatakan: This shall not prejudice the right of the federal government or the state government to establish or help in establishing Islamic schools and incur such expenditure as may be necessary.

Bagi sekolah agama Islam, perlembagaan menyatakan boleh digunakan dana negara dan negeri untuk menubuhkan sekolah itu atau membantu sesiapa saja yang menubuhkan sekolah agama, dan mengguna dana negara dan dana negeri sebanyak mana yang diperlukan, kerana itu ada dinyatakan.

Mana ada dinyatakan sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan India ini? Tidak ada kan?

Ini, kita ini baru defensif. Apa saya katakan tadi, itu defensif. Mari kita bertindak agresif lagi. Saya katakan bertindak agresif, seperti tadi saya katakan, orang Melayu bila dikhianati, dia ada backlash.

Orang Cina must bear the consequences of the Malay backlash oleh kerana sudah dapat kekayaan negeri. Kuasa ekonomi sudah pegang, hendak kuasa politik pula. Dilembikkan apa yang ada pada Melayu ini. Macam mana jadi begitu? Mana maruah kita?

Mari kita bertindak agresif, perlembagaan menyatakan, tanah rizab Melayu yang telah diisytiharkan sebelum merdeka wujud sampai bila-bila, dan kalau dicabut (atau) dikeluarkan, tambah lagi.

Lepas merdeka ini, menteri besar dan exconya boleh lagi mengisytiharkan kawasan-kawasan Melayu ikut jaminan perlembagaan.

Apa kita boleh buat? Pertama, tanah rizab Melayu hendaklah diisytiharkan di kawasan-kawasan bandar supaya orang Melayu boleh memiliki rumah, bukan saja memiliki rumah tetapi berniaga di kawasan bandar yang selama ini dimiliki oleh orang Cina.

Istilah cantiknya ialah "menyusun semula masyarakat", itu istilah cantik. Istilah kasarnya, berhijrahnya orang Melayu ke bandar supaya rumah-rumah yang ada di bandar itu, sama-sama kita memilikinya dengan orang lain, bukan kita sekadar melihat saja.

Kedua, isytiharkan tanah rizab Melayu, bagi orang Melayu berladang dan menternak kerana perlembagaan mengatakan, menteri besar boleh isytiharkan tanah rizab Melayu di mana-mana saja.

Kalau begitu, cari tanah yang cantik untuk orang Melayu bercucuk tanam dan berladang. Jangan seperti sekarang, lima ekar, 10 ekar sahaja, tidak.

Kalau bukit itu ada batu, berikan orang Melayu buat kuari.... Begitu juga kawasan berternak.

Kalau ada kawasan seperti Genting Highlands atau Gunung Ansi di Negeri Sembilan, untuk kawasan peranginan, isytiharkan sebagai kawasan tanah rizab Melayu untuk orang Melayu membuat kawasan pelancongan dan peranginan. Jadi kita ini bukan sekadar memerhatikan, kita punya! Buat macam itu.

Saya gunakan istilah agresif saya. Kenapa tidak? Tanah rizab Melayu ini kita susun atur, kita agih-agihkan di tempat-tempat untuk menjamin majoriti kawasan Melayu dan untuk masa depan PRU seterusnya.

Ini cakap agresif, supaya, mana kawasan Melayu diletakkan, letakkan supaya menjamin kawasan itu kawasan hijau.

Fasal 153, kedudukan istimewa orang Melayu, sudah 56 tahun berlalu kita masih memiliki tak sampai 20 peratus (ekonomi) negara ini. Kenapa? Jadi saya agresif dan katakan, susunlah strategi supaya dalam masa 10 tahun ini, Agong mengarahkan badan-badan, pihak berkuasa berkenaan untuk menjamin supaya kekayaan negara ini dimiliki 67 peratus (Melayu) dalam tiga bidang.

Fasal 153 ini menjamin supaya Melayu berada pada tahap yang selesa sepatutnya, dalam bidang pelajaran, perkhidmatan awam dan perniagaan. Jadi, susun strategi, daripada hari ini, seeloknyalah, kalau tidak dari semalam lagi.

Segala perniagaan sudah ada 67 peratus untuk orang Melayu ambil sahaja bila-bila masa. Apa perniagaan yang ada sekarang ini, dah ditetapkan 67 peratus untuk Melayu ada di sana. Nak berniaga esok, minta lesen dapat.

Kenapa hendak tunggu lagi, minta nak pertimbangkan, tidak. Agong mempunyai hak untuk mengarahkan pihak berkuasa yang wajib untuk menentukan kadar peratusan Melayu sekian banyak.

Jadi kalau katakan SPAD mengarahkan teksi di seluruh KL ini sekian banyak, untuk Melayu sekian banyak, (kalau ada) masih kosong lagi, Melayu hendak bawa teksi, buat sekarang, tak payah tunggu lagi. Sepatutnya begitu dalam apa (pun) jenis perniagaan.

Tapi janganlah berniaga setakat bawa teksi saja. (Perlu buat) dari peringkat pengeluaran sehingga downstream.

Supaya jangan kita hendak buat rumah, hendak cari zink pun tak dapat cari. Papan pun tak dapat hendak cari. Tak boleh. Macam kuari tadi, satu bukit itu tanah rizab untuk Melayu saja. Nak batu minta, pergi ke sana, sudah ada.

Kontraktor pula, kita dah katakan 67 peratus tadi, minta lesen, pasti dapat oleh kerana sudah ada 67 peratus untuk orang Melayu (untuk) kontraktor tadi.

Dalam negara yang amalkan demokrasi, bilangan penduduk amat penting. Dalam memilih kerajaan tadi, one vote counts. Jadi bilangan penduduk kita harus kita ketengahkan.

Orang Melayu harus dengar. Tadi saya katakan, siapa sepupu kita? Siapa saudara mara kita? Tadi saya terangkan tafsiran orang Melayu, kita ini Melayu Nusantara,

Jangan kita ada perasaan tak suka, iri hati, katakan kepada Indian Muslim (atau) Chinese Muslim oleh kerana mereka adalah ummah dan seagama dengan kita.

Bila kita ramai, sebab itu kuota kita tadi, saya tingkatkan kepada 67 peratus. 67 peratus dalam kiraan saya, two-thirds majority. Jadi kita pegang two-thirds majority itu dalam segala urusan, perniagaan, lesen dan sebagainya. jadi kita perlu ramaikan orang Melayu.

Saya galakkan, pertama, perkahwinan antara Melayu dengan orang Cina dan orang India. Saya galakkan kerana melahirkan keturunan Melayu sampai bila-bila. Mengapa kita tidak relakan orang kita kahwin dengan orang Cina dan India?

Ramai lagi contoh orang Islam Cina yang boleh mengajak orang Cina dan India masuk Islam. orang Cina ini dia sombong sikit, dia takkan masuk Islam kerana Melayu, tetapi dia boleh masuk Islam kerana saudaranya Cina.

Jadi kita bagi kemudahan-kemudahan, kayakan orang Cina ini, supaya kalau dia kaya nanti dia jaga saudara mara dia, mak ayah dia yang belum masuk Islam lagi, sebagai contoh yang baik untuk diteladani orang Cina dan orang Islam.

Selama ini kita tak kenal saudara mara kita, sepupu kita, kita abaikan. Jangan sekali-kali kita derhaka kepada sepupu kita orang asli tadi oleh kerana kalau kita derhaka kepada dia maka orang akan menderhaka pada diri kita sendiri.

Kita nyatakan kita bertamadun, kita dah maju, tetapi apa kita buat kepada Orang Asli? Jangan minta dia minta daripada kita. Dia tidak tahu hendak minta. Minta dari kita pun dia tak tau. Jadi kita kena bagi pada dia.

Sekolah mana kita buka kepada dia, kita ambil dari kampung itu hantar ke sekolah, seperti mana anak Melayu dihantar ke Kolej Kuala Kangsar kan, ataupun university college. Pada 12 Mei, Malaysiakini melaporkan ucapan bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah dalam "Wacana Post Morterm PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah".

Mohd Noor Abdullah dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Beliau membuat seruan demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

Ekoran kenyataan itu, beliau mendapat kritikan keras pelbagai pihak, termasuk oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya mengatasi kumpulan pelampau Ku Klux Klan di Amerika Syarikat.

Gabungan NGO-NGO Malaysia dalam kenyataannya pula mendakwa, laporan Malaysiakini berhubung perkara itu tidak tepat, berniat jahat dan bertujuan melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum.

Mereka mendakwa kenyataan itu dimanipulasikan oleh wartawan dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh Mohd Noor yang berdurasi hampir 60 minit.

Justeru, bagi membantu pembaca mendapatkan gambaran sebenar, berikut transkrip penuh ucapannya berdasarkan rakaman audio dalam wacana itu.

Ini soal jawab yang saya masukkan di sini. Soal jawab, saya menyoal, saya menjawab.

Pertama, bolehkah seorang bukan Melayu menjadi perdana menteri? Kalau mengikut perlembagaan, yang dipertuan Agong mesti melantik seorang perdana menteri yang mendapat majoriti, walaupun satu di Dewan Rakyat. Habis.

Cuma dia kata di situ, seorang warganegara melalui naturalisation or registration tidak boleh jadi perdana menteri. Iaitu, orang yang jadi rakyat kerana telah tinggal di sini selama 10 tahun ataupun mereka yang menjadi rakyat kerana menjadikan Malaysia ini my second home. Orang ini tidak boleh, itu saja. Tidak ada disebut tentang Melayu-Islam.

Tetapi mengikut amalan demokrasi, oleh kerana negara ini negara Islam, jadi tentunya yang Di-Pertuan Agong tadi, bila lantik seorang perdana menteri, bukan saja kriterianya dia mendapat majoriti, tetapi termasuklah dia sebagai wakil negara hendaklah seorang yang Islam dan orang Melayu.

Bagaimana? Bolehkah seorang bukan Melayu menjadi menteri besar atau ketua menteri? Ini berlaku, ya.

Peruntukan perlembagaan negeri menyatakan begini, peruntukan perlembagaan negeri, sembilan negeri Melayu menyatakan begini, raja atau sultan hendaklah melantik seorang menteri besar atau ketua menteri, seorang yang mendapat suara majoriti, (walaupun) satu lebih di Dewan Undangan Negeri.

Kedua, dia mestilah orang Melayu beragama Islam. Ketiga, syarat kedua-dua ini, raja boleh melonggarkan mengikut budi bicaranya - melonggarkan syarat kedua ini bagi menepati syarat yang pertama.

Maknanya begini, siapa yang dapat majoriti dalam Dewan Undangan Negeri itu, maka dialah yang menjadi menteri besar. Kalau DAP mendapat majoriti, maka orang Cinalah yang menjadi menteri besar.

Tetapi (syarat) kedua kata, dia mestilah orang Melayu beragama Islam. Maka yang pertama tadi, dah tak jadi dah.

(Syarat) ketiga kata, syarat kedua ini boleh dilonggarkan bagi menepati syarat pertama. Syarat kedua Melayu-Islam itu boleh diketepikan supaya siapa dapat majoriti dialah yang menjadi menteri besar dan letua menteri. Macam mana?

Kalau tidak boleh, maka pindalah perlembagaan negeri itu dengan sokongan 2/3. Di Melaka sekarang ini, di Pahang, di mana (BN) dapat 2/3 ini, masukkan klausa di situ, Melayu-Islam, tidak ada yang ketiga itu.

Saya tanya seterusnya, bolehkah Brunei dan Singapura masuk Malaysia? Jawabnya, Parlimen boleh dengan undang-undang, membawa masuk mana-mana negeri - Brunei, Singapura - dan mana-mana (negeri) ke dalam Malaysia ini dengan suara majoriti sahaja.

Satu undi lebih, cukup, boleh bawa Singapura masuk ke Malaysia ini. Tidak payah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Tetapi kalau ubah sempadan mana-mana negeri, maka negeri berkenaan kena (dapat persetujuan).... Perubahan sempadan itu diluluskan Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan raja.

Tetapi hendak bawa masuk Singapura ke Malaysia ini dia perlukan hanya akta Parlimen yang mengatakan membawa masuk Singapura ke Malaysia, dengan satu suara majoriti, maka masuklah Singapura ke Malaysia.

Bayangkan akibatnya. Ini agenda yang saya katakan pengkhianatan itu, termasuklah agenda membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia.

Sebab itu kalimah Allah dicampakkan supaya orang PAS dan Umno, orang Melayu berpecah belah. Matlamat akhirnya ialah menawan hati orang Bumiputra Sabah dan Sarawak yang bukan Islam. Nampak tidak telunjuknya ke mana?

Tetapi kita Melayu termakan, mujurlah orang Sabah dan Sarawak menyebelah kita. Kerana itu, saya katakan, istilah. Kita hapuskan "Cina", kita hapuskan "India" oleh kerana tiada dalam perlembagaan tadi.

Maka kita letakkan, istilah: "orang Melayu" (dan) "bukan Melayu" (atau) istilah "Masyarakat Pribumi" (dan) "Masyarakat bukan Pribumi". Gunakan mana yang berkenaan. Maka tidak ada lagi (istilah) "Cina" (dan) "India"....

Kalau dikatakan "Malaysian Chinese", dia Cina dulu, "Malaysian" ini jadi adjective. Barack Obama selalu mengatakan: "I am an African American".

American itu yang asas dia. African itu adjective dia. Kita tidak, terbalik. I am a Chinese first, Malaysian second. Kenapa kita tak peka dengan istilah macam itu?

Akhir sekali, ini saya katakan dengan suara yang lantang dan hati yang ikhlas. Kita hapuskan rasuah di kalangan orang Melayu sendiri. Bermula dari orang politik sampai pegawai kerajaan. Kalau orang Melayu rasuah, tiada lagi maruah kita....

Oleh kerana apa, kita dengar di sana orang Melayu boleh dibeli dengan sebatang rokok. Tidak malukah kita? Jadi, jangan sekali-kali kita rasuah. Itu pertama.

Yang kedua, undang-undang negara ini kita laksanakan tanpa belas kasihan. Yang salah tetap salah.... Belas kasihan atau sebagainya, itu kerja hakim. Kerja penguatkuasa undang-undang ialah undang-undang dibuat supaya semua mematuhinya. (Kalau) tidak patuh, ambil tindakan.

Dan saya percaya orang yang degil hendak langgar undang-undang ini bukan orang Melayu. Bukan. Orang Melayu ini patuh kepada undang-undang.

Sebab itu, kalau saya ambil contoh, kita ada undang-undang hasutan tetapi tidak ada seorang pun yang didakwa. Kalau ambil contoh apa yang berlaku sekarang ini, banyak yang bertentangan dengan perlembagaan, dengan undang-undang, tetapi tidak diambil tindakan.

Sebab itulah saya katakan, orang lain takut kalau orang Melayu tidak rasuah. Orang lain takut kalau undang-undang ini dikuatkuasa sepenuhnya oleh kerana mereka selalu ikut jalan pintas, ikut jalan belakang. Jadi segala rasuah itu menggadaikan negara, menjatuhkan maruah bangsa.

Banyak lagi, tetapi dalam masa terhad ini, sekadar itu saja.

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Jururawat


PASTI tidak banyak kalangan kita yang sedar atau perasan bahawa pada 12 Mei setiap tahun adalah hari memperingati sumbangan 11 juta orang yang bergelumang dalam kerjaya jururawat. Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei itu selalunya berlalu tanpa banyak yang memberikan sedikit ingatan terhadap kerjaya yang mulia ini. Hari Jururawat Sedunia selalu ditenggelamkan oleh sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei, Hari Ibu pada Ahad minggu kedua setiap Mei dan Hari Guru pada 16 Mei.
.
Hari Jururawat Sedunia terselit di tengah-tengahnya. Kerjaya jururawat bagi sebahagian daripada kita adalah sama dengan kerjaya lain. Kita selalu menganggap mereka bekerja makan gaji atau bekerja kemudian mendapatkan upahnya. Kita jarang melihat kerjaya ini melampaui garis biasa daripada sudut pandangan umum. Sebenarnya jururawat bukan satu kerjaya biasa.
.
Dalam lain perkataan masyarakat kita jarang atau sangat sedikit diasuh untuk melihat kerjaya-kerjaya yang melampaui sekadar makan gaji seperti ini. Kita perlu mengakui kalau sekadar untuk makan gaji, seseorang itu tidak mungkin memilih kerjaya jururawat. Kecuali mereka mempunyai satu sudut pandangan lain misalnya untuk berbakti atau membantu manusia lain.
.
Bukan semua orang boleh menjaga dan merawat orang sakit yang pelbagai ragam penyakit dan ragam sikap. Hanya mereka yang mempunyai minat dan bersedia bekerja dalam tekanan keadaan saja yang mampu melakukan kerja-kerja ini. Kerana itu kerja-kerja yang dilakukan oleh jururawat tidak boleh diambil alih oleh robot. Ini membuktikan antara jururawat dengan pesakit harus wujud sentuhan kemanusiaan yang menjadi sebahagian daripada penawar penyakit.
.
Sama ada kita sedari atau tidak, kita semua sebenarnya telah terhutang budi kepada mereka yang bergelar jururawat. Kalau bukan kita sendiri yang menjadi penghuni katil hospital, adik-beradik atau saudara-mara tentu pernah menjadi tetamu jururawat di hospital.
.
Tidak semua orang yang mempunyai tahap kesabaran yang luar biasa yang perlu dimiliki oleh seorang jururawat. Malah tidak semua orang juga yang mampu mempamerkan wajah dan kata-kata yang sentiasa menjanjikan masa depan kepada pesakit biar seteruk mana sekalipun penyakit mereka. Ubat yang dibekalkan setiap pagi dan petang serta kaedah rawatan hanya sebahagian daripada proses merawat orang sakit. Selebihnya penawar itu ada kepada setiap jururawat yang sentiasa memberikan harapan bahawa esok masih ada kepada semua orang.
.
Hari Jururawat Sedunia adalah sebagai memperingati pengasas kerjaya kejururawatan, Lady Florence Nightingale (Lady of the Lamp) sejak awal abad ke-19 lalu. Suatu yang perlu kita mengakui ialah pendekatan penjagaan kesihatan dan perubatan yang menyeluruh tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa penglibatan jururawat.
.
Menurut statistik daripada Majlis Jururawat Antarabangsa 80 peratus perkhidmatan kesihatan peringkat asas dilakukan oleh jururawat. Pada tahun lalu, Kementerian Kesihatan telah mengisi 90,961 daripada 111,812 jawatan. Sebanyak 42,090 daripada jawatan yang diisi itu adalah menerusi kerjaya jururawat. Statistik juga menunjukkan negara ini mempunyai sebanyak 43,969 jururawat termasuk 8,700 yang berkhidmat di sektor swasta. Ini menunjukkan 43,969 jururawat memberi khidmat kepada 27 juta rakyat negara ini. Dalam kata lain nisbahnya ialah seorang jururawat untuk 500 orang. Nisbah ini sebenarnya satu perkembangan menarik kalau dibandingkan dengan statistik tahun 1999 iaitu seorang jururawat untuk 1,055 orang.
.
Ini menunjukkan pertambahan jumlah jururawat antara faktor penting untuk memastikan pendekatan dan peningkatan kesedaran tentang kesihatan digerakkan oleh penglibatan jururawat. Bayangkan daripada 1,055 orang menjadi 500 orang bagi seorang jururawat.
Nisbah ini juga menunjukkan kerjaya jururawat adalah satu yang penting kepada negara untuk memastikan tahap kesihatan rakyat berada pada tahap yang sewajarnya. Malah kerjaya ini bukan tersisih atau jururawat adalah pilihan terakhir setelah gagal memasuki kerjaya lain.
.
Ini kerana mereka yang memilih untuk menjadi jururawat bukan kerana tidak berjaya dalam kerjaya lain. Dengan tahap pendidikan akademik, mereka boleh memilih kerjaya lain yang tidak begitu mencabar dan tidak perlu bersusah payah menjaga orang sakit. Sebaliknya pilihan sebagai jururawat dilihat sebagai satu kesedaran terhadap keperluan kepada manusia lain.
.
Kerana itu kita harus bersyukur kerana ada yang memilih kerjaya yang unik ini dan menjadi perantara yang cukup humanis antara peralatan perubatan yang canggih, kepakaran para doktor dan pesakit terutama yang kronik. Cabaran jururawat adalah masa. Mereka tidak boleh memberi alasan untuk berlengah sesaat pun demi nyawa pesakit. Ini berbeza dengan kerjaya lain dalam sektor awam yang boleh menangguhkan kerja untuk beberapa jam, hari atau minggu berikutnya.
.
Tetapi jururawat harus bertindak pantas, teratur dan tidak panik mendepani keadaan pesakit yang genting. Kita juga wajar berbangga kerana mempunyai jururawat yang terlatih dalam bidang kejururawatan. Kini kursus Diploma Kejururawatan disediakan oleh 19 kolej kejururawatan di seluruh negara. Ketika ini, kolej milik kerajaan telah mengeluarkan lebih 3,000 jururawat dan kolej swasta mengeluarkan sebanyak 1,000 jururawat.
.
Perkhidmatan jururawat juga merupakan salah satu perkhidmatan kritikal yang dipandang penting oleh masyarakat. Hal ini jauh berbeza beberapa dekad lalu di mana kefahaman masyarakat terutama di kampung terhadap kaedah perubatan moden begitu rendah.